BAB 9: PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM

Friday, December 2, 2022

9.2 Konsep & Pengertian


Perubahan dan inovasi dalam pendidikan berlaku secara dirancang atau tidak dirancang. Ini kerana perubahan berlaku berdasarkan perubahan sistem kehidupan manusia dari segi pengetahuan, pengalaman serta teknologi yang digunakan yang semakin hari semakin menuju ke arah yang lebih baik. 

Menurut kamus dewan (2005), perubahan bermaksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang bersifat holistik berdasarkan kurikulum persekolahan yang sedia ada dengan mengambil kira keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum. Menurut Sullivan & Decker (2001) pula, perubahan merupakan proses membuat sesuatu yang berbeza dari sebelumnya. Maka boleh disimpulkan di sini bahawa perubahan adalah sesuatu proses penambahbaikkan yang melibatkan peralihan sesuatu perkara dari proses sebelumnya ke arah yang lebih baik dengan mengambil kira faktor-faktor yang wujud di sekitarnya. 

Inovasi bermaksud proses pembaharuan atau perubahan yang merujuk kepada proses sedia ada. Menurut Ronger E.Miller (1971) dan Spencer (1994) inovasi merupakan amalan atau idea yang baru dan lebih baik daripada yang sedia ada bagi sesuatu sistem tersebut. Menurut Sufean Hussin (2001) melalui kertas kerjanya, inovasi bermaksud perubahan pembaharuan, modifikasi atau pembaharuan idea, ciptaan baru yang bertujuan untuk memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu bagi sesebuat institusi. Secara ringkasnya, inovasi merupakan penghasilan baru yang wujud berdasarkan proses penyusunan dan penilaian semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada dan dan bernilai.

No comments:

Post a Comment

9.1 Pengenalan

Dalam membicarakan tentang perubahan dan inovasi, dunia pendidikan juga tidak terkecuali. Ini kerana dunia pendidikan sentiasa berkembang da...