Inovasi kurikulum bilik darjah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) berlangsung dengan lebih interaktif. Pertama, inovasi dari sudut idea antaranya pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi atau dikenali sebagai KBAT. KBAT ialah keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran kognitif yang merangkumi kemahiran, nilai dan pengetahuan dalam membuat penaakulan dan refleksi untuk menyelesaikan masalah, berinovasi, mencipta sesuatu dan membuat keputusan. Selain itu, pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), di mana beberapa elemen yang diterapkan iaitu kolaboratif, pemikiran kritis, komunikasi, aplikasi nilai murni, serta kreativiti dan etika. Seterusnya, kaedah “Awal Jawi Dalil AWJAD turut diperkenalkan, di mana ianya banyak membantu pelajar belajar menulis jawi sehingga mahir melalui kaedah-kaedah yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan dalil.
Kedua, inovasi dari sudut kaedah pembalajaran. Contohnya metod PAK21 adalah pembelajaran secara aktif antara pelajar dan guru atau pembelajaran secara interaksi 2 hala. Dengan ini, para pelajar dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan secara berkumpulan tentang apa yang dilakukan. Manakala "Game Based Learning" adalah penggunaan aplikasi permainan yang telah dirancang khusus bagi membantu proses pembelajaran.
Ketiga, inovasi terhadap bahan bantu mengajar. Bahan-bahan ini membantu guru untuk menyampaikan konten pembelajaran secara interaktif dan efektif. Misalnya, penggunaan model, video, audio dan lain-lain lagi boleh menarik minat pelajar untuk lebih memahami kandungan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment