Proses perubahan dan inovasi melibatkan 4 fasa:
- Why
- What
- Who
- How
Sebagai contoh,bagi bidang jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kebanyakan murid tidak mahir membaca dan menulis jawi.Oleh itu,guru perlu membuat perubahan selari dengan visi yang ingin dicapai serta mencari solusi dalam masalah yang ingin diatasi.
Semasa melakukan perubahan dan inovasi,guru perlu bersedia untuk memperoleh kejayaan dan juga kegagalan.Selain itu,guru juga perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai risiko untuk mencapai sesuatu perubahan dan inovasi.
Di samping itu,guru perlu mengetahui siapa yang akan menentang perubahan dan yang boleh membantu dalam mengharungi perubahan dan inovasi yang ingin dilakukan.Guru juga perlu mengetahui individu yang harus terlibat dalam memimpin serta siapa yang terkesan dengan perubahan tersebut.
Seterusnya,guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam cara untuk melaksanakan dan menyampaikan perubahan.Guru juga perlu mengaplikasikan dan mengenal pasti kelebihan dan kelemahan perubahan yang dilaksanakan supaya dapat di kekalkan untuk jangka masa lama.
Kesimpulannya,perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa.Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memncilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja.Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan.Oleh sebab itu,bagi menjadikan pelajar lebih aktif,kreatif,motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.
No comments:
Post a Comment