BAB 9: PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM

Thursday, December 1, 2022

9.8 Isu-Isu Berkaitan


Perkembangan pendidikan abad ke -21 telah memberi tamparan hebat buat para guru. Pak21 menuntut guru berperanan sebagai pengamal ilmu, pembimbing, penyelidik, agen sosialisasi, pembentuk tingkahlaku dan pengurus pembelajaran. Oleh yang demikian, guru haruslah bersiap sedia untuk melaksanakan perubahan bagi mendepani pelbagai cabaran di masa hadapan.



Antara cabaran yang dihadapi oleh guru adalah dalam menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan kaedah yang digunakan yang kini lebih cenderung dengan penggunaan teknologi dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan yang perlu dilaksanakan oleh guru adalah dengan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan selari dengan teknik pemusatan murid. Isu yang dapat dilihat disini apabila terdapat segelintir guru yang berusia tidak mampu untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyelit elemen teknologi sebagai bahan pembelajaran. Seharusnya, sebagai guru kita harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan agar segala yang mendatang dapat diatasi dengan jayanya. Jika guru kurang pengetahuan dan pengalaman dalam bidang teknologi maklumat, amat sukar untuk seseorang guru itu melakukan perubahan dan inovasi selari dengan perkembangan semasa.



Selain itu, inovasi dalam kurikulum bilik darjah melibatkan konsep berfikir secara kreatif dan kritis yang mana guru perlu mendalami konsep ini dan mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan murid yang dapat berfikir secara kreatif. Guru yang mampu membina sesuatu inovasi dalam pengajaran mampu menarik minat murid untuk belajar serta dapat memberi motivasi kepada mereka. Namun segelintir guru hanya memenuhi syarat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan tanpa mengambil kira perubahan dan inovasi yang perlu diberi penekanan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan.



Seterusnya, sekolah juga memainkan peranan penting untuk melahirkan warga yang berinovasi dan berfikir kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong kepada perubahan dan kemajuan kreatif yang dapat diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Antaranya, pihak sekolah boleh berganding bahu dengan pihak PIBG mewujudkan elemen inovasi dalam kawasan sekolah seperti bilik ICT yang kondusif serta lengkap dengan alatan teknologi yang mampu diguna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, inovasi dan kreatif sangat menyumbang dalam perkembangan dunia pendidikan. Bagi menghasilkan sistem pendidikan yang cemerlang, pihak kementerian serta para guru berganding bahu untuk meningkatkan tahap keberhasilan dengan memastikan setiap perubahan dan inovasi dapat dilaksanakan di sekolah khususnya di bilik darjah.



No comments:

Post a Comment

9.1 Pengenalan

Dalam membicarakan tentang perubahan dan inovasi, dunia pendidikan juga tidak terkecuali. Ini kerana dunia pendidikan sentiasa berkembang da...