BAB 9: PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM

Friday, December 2, 2022

9.1 Pengenalan




Dalam membicarakan tentang perubahan dan inovasi, dunia pendidikan juga tidak terkecuali. Ini kerana dunia pendidikan sentiasa berkembang dan berubah dari masa ke semasa selari dengan kehendak dan keperluannya. Perubahan dan inovasi dibuat oleh mereka yang kreatif dalam mentransformasikan sesuatu perkara ke arah yang lebih unik dan bernilai demi kejayaan sesebuah institusi. Inovasi dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat individu dan peringkat organisasi. Peringkat individu dibuat oleh individu melalui idea kreatifnya dengan cara meneliti persekitaran, pemerhatian serta pengetahuan yang lebih dan mencetuskan idea baharu sekaligus menghasilkan sesuatu perubahan baharu bagi menambahbaik sesuatu perkara yang sedia ada. Peringkat organisasi pula, berinteraksi secara aktif sesama ahli dan prospektif dengan persekitaran dapat mencetuskan idea yang bernilai bagi melaksanakan sesuatu perubahan.



9.2 Konsep & Pengertian


Perubahan dan inovasi dalam pendidikan berlaku secara dirancang atau tidak dirancang. Ini kerana perubahan berlaku berdasarkan perubahan sistem kehidupan manusia dari segi pengetahuan, pengalaman serta teknologi yang digunakan yang semakin hari semakin menuju ke arah yang lebih baik. 

Menurut kamus dewan (2005), perubahan bermaksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang bersifat holistik berdasarkan kurikulum persekolahan yang sedia ada dengan mengambil kira keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum. Menurut Sullivan & Decker (2001) pula, perubahan merupakan proses membuat sesuatu yang berbeza dari sebelumnya. Maka boleh disimpulkan di sini bahawa perubahan adalah sesuatu proses penambahbaikkan yang melibatkan peralihan sesuatu perkara dari proses sebelumnya ke arah yang lebih baik dengan mengambil kira faktor-faktor yang wujud di sekitarnya. 

Inovasi bermaksud proses pembaharuan atau perubahan yang merujuk kepada proses sedia ada. Menurut Ronger E.Miller (1971) dan Spencer (1994) inovasi merupakan amalan atau idea yang baru dan lebih baik daripada yang sedia ada bagi sesuatu sistem tersebut. Menurut Sufean Hussin (2001) melalui kertas kerjanya, inovasi bermaksud perubahan pembaharuan, modifikasi atau pembaharuan idea, ciptaan baru yang bertujuan untuk memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu bagi sesebuat institusi. Secara ringkasnya, inovasi merupakan penghasilan baru yang wujud berdasarkan proses penyusunan dan penilaian semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada dan dan bernilai.

9.3 Bentuk Perubahan & Inovasi


Inovasi kurikulum bilik darjah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) berlangsung dengan lebih interaktif. Pertama, inovasi dari sudut idea antaranya pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi atau dikenali sebagai KBAT. KBAT ialah keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran kognitif yang merangkumi kemahiran, nilai dan pengetahuan dalam membuat penaakulan dan refleksi untuk menyelesaikan masalah, berinovasi, mencipta sesuatu dan membuat keputusan. Selain itu, pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), di mana beberapa elemen yang diterapkan iaitu kolaboratif, pemikiran kritis, komunikasi, aplikasi nilai murni, serta kreativiti dan etika. Seterusnya, kaedah “Awal Jawi Dalil AWJAD turut diperkenalkan, di mana ianya banyak membantu pelajar belajar menulis jawi sehingga mahir melalui kaedah-kaedah yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan dalil. 

Kedua, inovasi dari sudut kaedah pembalajaran. Contohnya metod PAK21 adalah pembelajaran secara aktif antara pelajar dan guru atau pembelajaran secara interaksi 2 hala. Dengan ini, para pelajar dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan secara berkumpulan tentang apa yang dilakukan. Manakala "Game Based Learning" adalah penggunaan aplikasi permainan yang telah dirancang khusus bagi membantu proses pembelajaran.

Ketiga, inovasi terhadap bahan bantu mengajar. Bahan-bahan ini membantu guru untuk menyampaikan konten pembelajaran secara interaktif dan efektif. Misalnya, penggunaan model, video, audio dan lain-lain lagi boleh menarik minat pelajar untuk lebih memahami kandungan pembelajaran.


9.4 Proses Perubahan dan Inovasi

 


Proses perubahan dan inovasi melibatkan 4 fasa:
  • Why
  • What
  • Who
  • How



Sebagai contoh,bagi bidang jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kebanyakan murid tidak mahir membaca dan menulis jawi.Oleh itu,guru perlu membuat perubahan selari dengan visi yang ingin dicapai serta mencari solusi dalam masalah yang ingin diatasi.




Semasa melakukan perubahan dan inovasi,guru perlu bersedia untuk memperoleh kejayaan dan juga kegagalan.Selain itu,guru juga perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai risiko untuk mencapai sesuatu perubahan dan inovasi.


Di samping itu,guru perlu mengetahui siapa yang akan menentang perubahan dan yang boleh membantu dalam mengharungi  perubahan dan inovasi yang ingin dilakukan.Guru juga perlu mengetahui individu yang harus terlibat dalam memimpin serta siapa yang terkesan dengan perubahan tersebut.



Seterusnya,guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam cara untuk melaksanakan dan menyampaikan perubahan.Guru juga perlu mengaplikasikan dan mengenal pasti kelebihan dan kelemahan perubahan yang dilaksanakan  supaya dapat di kekalkan untuk jangka masa lama.

Kesimpulannya,perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa.Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memncilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja.Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan.Oleh sebab itu,bagi menjadikan pelajar lebih aktif,kreatif,motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.


Thursday, December 1, 2022

9.5 Faktor Mempengaruhi Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah

 

 

Sebagai contoh, persekitaran yang kondusif mampu merangsang guru dan murid menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan nyaman. Aspek ketenangan dan kenyamanan berupaya membantu untuk melonjakkan lagi potensi diri, keinginan meneroka perkara baharu, mengeksploitasi kelebihan diri secara maksimum dan mencabar diri bagi melaksanakan sesuatu. 

Bagi sumber pula, penggunaan pelbagai sumber yang menarik mampu untuk meningkatkan tahap minat murid untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan bentuk pengajaran dan penyampaian pembelajaran elektronik seperti video, audio, animasi dan sebagainya. 



Faktor involment (penglibatan) melibatkan banyak pihak dalam membantu untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan perubahan. Iaitu: 

  • Guru: Tunjang dalam pelaksanaan pendidikan, guru perlu seharusnya melibatkan diri dalam merangka atau merancang inovasi dalam pendidikan. Pelaksanaan yang diikuti dengan penilaian yang dilakukan adalah sangat penting bagi memastikan inovasi tersebut berjaya dilaksanakan. 

  • Murid: Sebagai tumpuan utama dalam bidang pendidikan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan keberhasilan sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan dan komitmen yang timbul dalam diri mereka tanpa paksaan. 

  • Kurikulum: Menurut akta Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. 


  • Masyarakat: Ketika usaha inovasi dalam pendidikan dilaksanakan, masyarakat terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perubahan tersebut. Mereka mampu membawa sama ada impak positif mahupun negatif. Ini pendidikan itu sendiri adalah untuk mengubah masyarkat untuk menjadi lebih baik.  

Manakala, Communication (komunikasi) boleh didefinisikan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. ( Kamus Dewan, 2007). 

9.6 Tahap Penerimaan Perubahan dan Inovasi



 

Tahap

Ciri-ciri & Contoh

Perintis

v  Individu atau sekumpulan orang yang mencetuskan atau perintis terhadap sesuatu perubahan atau inovasi melalui idea, bahan atau kaedah baru untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.

v  Ciri-ciri innovator: Kreatif dan berdaya cipta, berani mengambil risiko, mobile, cerdas, kemampuan ekonomi tinggi, reflektif dan berani.

v  Contoh: Orang yang berani membuat perubahan dan mencetuskan idea baharu. 

Pengguna Awal (Early Adopter)

v  Individu atau sekumpulan orang yang terawal dalam penerimaan dan menggunakan sesuatu inovasi yang diperkenalkan oleh innovator.

v  Ciri-ciri early adopter: Tahap kepimpinan pendapat yang tinggi, mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi, kemampuan kewangan yang tinggi, lebih sosial, lebih diskriminasi dalam membuat pilihan, kemampuan komunikasi yang tinggi.

v  Contoh: Orang yang memberi pandangan dan mencuba idea baru tetapi berhati-hati. 

Majoriti Awal (Early Majority)

v  Pengamal & pengguna inovasi selepas satu tempoh masa yang terkemudian berbanding innovator dan early adopter.

v  Ciri-ciri majoriti awal: Penuh pertimbangan, interaksi internal tinggi, diskriminasi dalam membuat pilihan, hubungan sosial yang tinggi.

v  Contoh: Menerima perubahan dengan berhati-hati dan lebih awal daripada golongan sekeliling. 

Majority Lewat (Late Majority)

v  Golongan yang menjadi pengikut atau penerima yang terakhir sesuatu inovasi.

v  Ciri-ciri majoriti lewat: mempunyai tahap keraguan yang tinggi, menerima kerana pertimbangan ekonomi atau tekanan sosial, terlalu berhati-hati, menghindari risiko.

v  Contoh: Orang yang akan menerima perubahan setelah diterima oleh golongan majoriti. 

Ketinggalan

v  Individu terakhir yang menerima sesuatu inovasi. Enggan mengikuti perubahan & inovasi yang diperkenalkan.

v  Ciri-ciri laggards: Enggan untuk menerima atau mengguna suatu perubahan, tertumpu pada “tradisi” iaitu cara lama, beranggapan inovasi tidak penting, tidak mempunyai kefahaman atau kemahiran dalam teknologi, hubungan sosial yang rendah , kepimpinan pendapat yang sedikit, mempunyai tahap kerisauan yang tinggi.

v  Contoh: Golongan yang sukar menerima perubahan kerana berpegang kepada cara tradisi. 

Rumusan: Teori Difusi Inovasi sentiasa dikaitakan dengan proses pembangunan masyarakat. Inovasi merupakan awal terjadinya perubahan sosial dan perubahan sosial pada dasarnya merupakan inti dari pembangunan masyarakat. Rogers dan Shoemaker (1971) menjelaskan bahawa proses difusi adalah sebahagian dari proses perubahan sosial. Perubahan sosial adalah proses di mana perubahan terjadi dalam struktur dan fungsi sisitem sosial. Perubahan sosial terjadi dalam tiga tahap iaitu penemuan, difusi, dan konsekuensi. Penemuan adalah proses idea atau gagasan baru dikomunikasikan kepada anggota sistem sosial, sedangkan konsekuensi adalah suatu perubahan dalam sistem sosial sebagai hasil dari penerimaan atau penolakan terhadap inovasi.   


9.7 Dimensi Inovasi



 


Perkara

Keterangan & Contoh

 

 

Visi

Ø  Visi merupakan serangkaian kata yang menunjukkan impian, cita-cita atau nilai teras suatu keinginan bagi organisasi, institusi, sekelompok orang atau individu dengan pandangan yang jauh ke masa depan demi mencapai suatu matlamat yang diinginkan.

Ø  Inovasi tanpa visi menyebabkan berlakunya kekeliruan kerana pihak yang terlibat tidak tahu matlamat yang diingikan.

Ø  Contoh: Visi sekolah

Kemahiran

Ø  Kemahiran merupakan kecekapan dan kemampuan seseorang melakukan aktiviti dengan mudah, cepat dan cekap tanpa menjejaskan kualiti.

Ø  Kemahiran dalam inovasi dapat menyelesaikan anxiety atau kerisauan yang melampau terhadap sesuatu permasalahan.

Ø  Contoh: Penyebaran Covid19 menyebabkan guru-guru pelaksanaan pendidikan dilakukan secara pembelajaran dari rumah (Pdpr). Secara langsung guru-guru dikehendaki menguasai kemahiran mengajar secara atas talian.  

Insentif

Ø  Insentif adalah bahagian yang membina daya tahan dalam diri.

Ø  Insentif boleh dinyatakan sebagai wang, ganjaran, pengiktirafan dan tidak ketara seperti pencapaian peribadi atau prestij.

Ø  Insentif ini perlu berterusan dan mesti berhubung secara langsung dengan visi.

Ø  Contohnya: Anugerah Perkhidmatan cemerlang.

Sumber

Ø  Sumber merupakan elemen-elemen yang tersedia untuk membantu menyelesaikan sesuatu keperluan.

Ø  Sumber penting untuk membuat perubahan sama ada berbentuk sumber fizikal atau sumber manusia. Kekurangan sumber menyebabkan usaha tergendala.

Ø  Contohnya: Wang, bahan atau modal manusia.

Pelan Tindakan

Ø  Pelan tindakan merupakan satu panduan yang menyediakan rangka kerja atau struktur dan proses memasa melaksanakan kurikulum, program atau projek.

Ø  Pelan tindakan penting untuk menetapkan siapa bertanggunjawab untuk pematuhan dengan tepat pada masanya. Merangkumi pemantaun dan kawalan agar pelaksana boleh menganalisis tindakan yang diambil mengikuti jalan yang betul untuk mencapai visi yang ditetapkan.

Ø  Contoh: Pelan tindakan KSSR dan KSSM.

Permulaan Salah

Ø  Pemulaan salah berkaitan dengan kesilapan memulakan sesuatu seperti kurikulum, program, projek, dasar dan sebagainya sehingga mengakibatkan berlakunya kegagalan dalam pelaksanaan dan capaian matlamat kerana pelaksana belum bersedia untuk memulakannya.

Ø  Permulaan salah dapat dikawal menerusi pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan dan stake holder dapat memahami dan bersedia melaksanakan pelan tindakan sebagai panduan pelaksanaan.

Ø  Contoh: Pemansuhan PPSMI

Kecewa

Ø  Kecewa merupakan perasaan hampa dan dukacita yang dialami oleh individu atau sekumpulan orang kerana kegagalan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau dicitakan.

Ø  Perasaan kecewa muncul akibat semangat yang berkobar untuk melaksanakan sesuatu yang dirancang terhalang disebabkan tiadanya sokongan sumber-sumber yang sepatutnya disediakan.

Ø  Tiadanya sumber menyebabkan kekecewaan dan semangat luntur. Walaupun adanya pelan namun tidak mempunyai sumber untuk selesaikan maka perubahan dan inovasi tidak berlaku.

Ø  Contoh:  Pihak yang berwajib tidak menyediakan fasiliti yang mencukupi. 

Rintangan

Ø  Halangan

Ø  Tiadanya insentif menyebabkan proses perubahan atau inovasi itu lambat kerana tiada daya tahan atau motivasi.

Anxiety (Kerisauan)

Ø  Tiadanya kemahiran menyebabkan munculnya anxiety dalam diri, maka persedian untuk melakukan perubahan akan tergendala walaupun telah dirancang visi, sumber dan sebagainya namun ia akan membuatkan diri merasa gagal.

Keliru

Tiadanya visi menyebabkan tiada panduan semasa proses perubahan atau inovasi berlaku. Ia akan berakhir dengan kekeliruan dan tiada hasil perubahannya.

Berjaya

Apabila semua cabaran dapat diatasi dan diikuti dengan faktor penentu, maka peratusan untuk berjaya dalam melakukan perubahan atau inovasi adalah tinggi.

Rumusan : Perubahan dan inovasi berlaku dengan cemerlang jika semua faktor diberikan perhatian dengan mengambil kira cabaran-cabaran yang boleh menghalang.





9.1 Pengenalan

Dalam membicarakan tentang perubahan dan inovasi, dunia pendidikan juga tidak terkecuali. Ini kerana dunia pendidikan sentiasa berkembang da...