Dalam membicarakan tentang perubahan dan inovasi, dunia pendidikan juga tidak terkecuali. Ini kerana dunia pendidikan sentiasa berkembang dan berubah dari masa ke semasa selari dengan kehendak dan keperluannya. Perubahan dan inovasi dibuat oleh mereka yang kreatif dalam mentransformasikan sesuatu perkara ke arah yang lebih unik dan bernilai demi kejayaan sesebuah institusi. Inovasi dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat individu dan peringkat organisasi. Peringkat individu dibuat oleh individu melalui idea kreatifnya dengan cara meneliti persekitaran, pemerhatian serta pengetahuan yang lebih dan mencetuskan idea baharu sekaligus menghasilkan sesuatu perubahan baharu bagi menambahbaik sesuatu perkara yang sedia ada. Peringkat organisasi pula, berinteraksi secara aktif sesama ahli dan prospektif dengan persekitaran dapat mencetuskan idea yang bernilai bagi melaksanakan sesuatu perubahan.
BAB 9: PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM
Friday, December 2, 2022
9.2 Konsep & Pengertian
Perubahan dan inovasi dalam pendidikan berlaku secara dirancang atau tidak dirancang. Ini kerana perubahan berlaku berdasarkan perubahan sistem kehidupan manusia dari segi pengetahuan, pengalaman serta teknologi yang digunakan yang semakin hari semakin menuju ke arah yang lebih baik.
Menurut kamus dewan (2005), perubahan bermaksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang bersifat holistik berdasarkan kurikulum persekolahan yang sedia ada dengan mengambil kira keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum. Menurut Sullivan & Decker (2001) pula, perubahan merupakan proses membuat sesuatu yang berbeza dari sebelumnya. Maka boleh disimpulkan di sini bahawa perubahan adalah sesuatu proses penambahbaikkan yang melibatkan peralihan sesuatu perkara dari proses sebelumnya ke arah yang lebih baik dengan mengambil kira faktor-faktor yang wujud di sekitarnya.
Inovasi bermaksud proses pembaharuan atau perubahan yang merujuk kepada proses sedia ada. Menurut Ronger E.Miller (1971) dan Spencer (1994) inovasi merupakan amalan atau idea yang baru dan lebih baik daripada yang sedia ada bagi sesuatu sistem tersebut. Menurut Sufean Hussin (2001) melalui kertas kerjanya, inovasi bermaksud perubahan pembaharuan, modifikasi atau pembaharuan idea, ciptaan baru yang bertujuan untuk memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu bagi sesebuat institusi. Secara ringkasnya, inovasi merupakan penghasilan baru yang wujud berdasarkan proses penyusunan dan penilaian semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada dan dan bernilai.
9.3 Bentuk Perubahan & Inovasi
Inovasi kurikulum bilik darjah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) berlangsung dengan lebih interaktif. Pertama, inovasi dari sudut idea antaranya pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi atau dikenali sebagai KBAT. KBAT ialah keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran kognitif yang merangkumi kemahiran, nilai dan pengetahuan dalam membuat penaakulan dan refleksi untuk menyelesaikan masalah, berinovasi, mencipta sesuatu dan membuat keputusan. Selain itu, pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), di mana beberapa elemen yang diterapkan iaitu kolaboratif, pemikiran kritis, komunikasi, aplikasi nilai murni, serta kreativiti dan etika. Seterusnya, kaedah “Awal Jawi Dalil AWJAD turut diperkenalkan, di mana ianya banyak membantu pelajar belajar menulis jawi sehingga mahir melalui kaedah-kaedah yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan dalil.
Kedua, inovasi dari sudut kaedah pembalajaran. Contohnya metod PAK21 adalah pembelajaran secara aktif antara pelajar dan guru atau pembelajaran secara interaksi 2 hala. Dengan ini, para pelajar dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan secara berkumpulan tentang apa yang dilakukan. Manakala "Game Based Learning" adalah penggunaan aplikasi permainan yang telah dirancang khusus bagi membantu proses pembelajaran.
Ketiga, inovasi terhadap bahan bantu mengajar. Bahan-bahan ini membantu guru untuk menyampaikan konten pembelajaran secara interaktif dan efektif. Misalnya, penggunaan model, video, audio dan lain-lain lagi boleh menarik minat pelajar untuk lebih memahami kandungan pembelajaran.
9.4 Proses Perubahan dan Inovasi
- Why
- What
- Who
- How
Thursday, December 1, 2022
9.5 Faktor Mempengaruhi Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah
Sebagai contoh, persekitaran yang kondusif mampu merangsang guru dan murid menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan nyaman. Aspek ketenangan dan kenyamanan berupaya membantu untuk melonjakkan lagi potensi diri, keinginan meneroka perkara baharu, mengeksploitasi kelebihan diri secara maksimum dan mencabar diri bagi melaksanakan sesuatu.
Bagi sumber pula, penggunaan pelbagai sumber yang menarik mampu untuk meningkatkan tahap minat murid untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan bentuk pengajaran dan penyampaian pembelajaran elektronik seperti video, audio, animasi dan sebagainya.
Faktor involment (penglibatan) melibatkan banyak pihak dalam membantu untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan perubahan. Iaitu:
- Guru: Tunjang dalam pelaksanaan pendidikan, guru perlu seharusnya melibatkan diri dalam merangka atau merancang inovasi dalam pendidikan. Pelaksanaan yang diikuti dengan penilaian yang dilakukan adalah sangat penting bagi memastikan inovasi tersebut berjaya dilaksanakan.
- Murid: Sebagai tumpuan utama dalam bidang pendidikan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan keberhasilan sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan dan komitmen yang timbul dalam diri mereka tanpa paksaan.
- Kurikulum: Menurut akta Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
- Masyarakat: Ketika usaha inovasi dalam pendidikan dilaksanakan, masyarakat terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perubahan tersebut. Mereka mampu membawa sama ada impak positif mahupun negatif. Ini pendidikan itu sendiri adalah untuk mengubah masyarkat untuk menjadi lebih baik.
Manakala, Communication (komunikasi) boleh didefinisikan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. ( Kamus Dewan, 2007).
9.6 Tahap Penerimaan Perubahan dan Inovasi
Tahap |
Ciri-ciri & Contoh |
Perintis |
v Individu atau
sekumpulan orang yang mencetuskan atau perintis terhadap sesuatu perubahan
atau inovasi melalui idea, bahan atau kaedah baru untuk dimanfaatkan oleh
orang ramai. v Ciri-ciri innovator:
Kreatif dan berdaya cipta, berani mengambil risiko, mobile, cerdas, kemampuan
ekonomi tinggi, reflektif dan berani. v Contoh: Orang yang berani membuat perubahan dan mencetuskan idea baharu. |
Pengguna Awal (Early
Adopter) |
v Individu atau
sekumpulan orang yang terawal dalam penerimaan dan menggunakan sesuatu inovasi
yang diperkenalkan oleh innovator. v Ciri-ciri early
adopter: Tahap kepimpinan pendapat yang tinggi, mempunyai status sosio
ekonomi yang tinggi, kemampuan kewangan yang tinggi, lebih sosial, lebih
diskriminasi dalam membuat pilihan, kemampuan komunikasi yang tinggi. v Contoh: Orang yang memberi pandangan dan mencuba idea baru tetapi berhati-hati. |
Majoriti Awal (Early Majority) |
v Pengamal &
pengguna inovasi selepas satu tempoh masa yang terkemudian berbanding innovator
dan early adopter. v Ciri-ciri majoriti
awal: Penuh pertimbangan, interaksi internal tinggi, diskriminasi dalam
membuat pilihan, hubungan sosial yang tinggi. v
Contoh: Menerima perubahan dengan berhati-hati dan lebih awal daripada golongan sekeliling. |
Majority Lewat (Late
Majority) |
v Golongan yang
menjadi pengikut atau penerima yang terakhir sesuatu inovasi. v Ciri-ciri
majoriti lewat: mempunyai tahap keraguan yang tinggi, menerima kerana
pertimbangan ekonomi atau tekanan sosial, terlalu berhati-hati, menghindari
risiko. v
Contoh: Orang yang akan menerima perubahan setelah diterima oleh golongan majoriti. |
Ketinggalan |
v
Individu terakhir yang
menerima sesuatu inovasi. Enggan mengikuti perubahan & inovasi yang
diperkenalkan. v
Ciri-ciri laggards: Enggan
untuk menerima atau mengguna suatu perubahan, tertumpu pada “tradisi” iaitu
cara lama, beranggapan inovasi tidak penting, tidak mempunyai kefahaman atau
kemahiran dalam teknologi, hubungan sosial yang rendah , kepimpinan pendapat
yang sedikit, mempunyai tahap kerisauan yang tinggi. v
Contoh: Golongan yang sukar menerima perubahan kerana berpegang kepada cara tradisi. |
Rumusan: Teori
Difusi Inovasi sentiasa dikaitakan dengan proses pembangunan masyarakat.
Inovasi merupakan awal terjadinya perubahan sosial dan perubahan sosial pada
dasarnya merupakan inti dari pembangunan masyarakat. Rogers dan Shoemaker
(1971) menjelaskan bahawa proses difusi adalah sebahagian dari proses
perubahan sosial. Perubahan sosial adalah proses di mana perubahan terjadi
dalam struktur dan fungsi sisitem sosial. Perubahan sosial terjadi dalam tiga
tahap iaitu penemuan, difusi, dan konsekuensi. Penemuan adalah proses idea
atau gagasan baru dikomunikasikan kepada anggota sistem sosial, sedangkan
konsekuensi adalah suatu perubahan dalam sistem sosial sebagai hasil dari
penerimaan atau penolakan terhadap inovasi. |
9.7 Dimensi Inovasi
Perkara |
Keterangan & Contoh |
|
|
Visi |
Ø Visi merupakan
serangkaian kata yang menunjukkan impian, cita-cita atau nilai teras suatu
keinginan bagi organisasi, institusi, sekelompok orang atau individu dengan
pandangan yang jauh ke masa depan demi mencapai suatu matlamat yang
diinginkan. Ø Inovasi tanpa
visi menyebabkan berlakunya kekeliruan kerana pihak yang terlibat tidak tahu
matlamat yang diingikan. Ø Contoh: Visi
sekolah |
Kemahiran |
Ø Kemahiran
merupakan kecekapan dan kemampuan seseorang melakukan aktiviti dengan mudah,
cepat dan cekap tanpa menjejaskan kualiti. Ø Kemahiran dalam
inovasi dapat menyelesaikan anxiety atau kerisauan yang melampau terhadap
sesuatu permasalahan. Ø Contoh: Penyebaran
Covid19 menyebabkan guru-guru pelaksanaan pendidikan dilakukan secara pembelajaran
dari rumah (Pdpr). Secara langsung guru-guru dikehendaki menguasai kemahiran
mengajar secara atas talian. |
Insentif |
Ø Insentif
adalah bahagian yang membina daya tahan dalam diri. Ø Insentif boleh
dinyatakan sebagai wang, ganjaran, pengiktirafan dan tidak ketara seperti pencapaian
peribadi atau prestij. Ø Insentif ini
perlu berterusan dan mesti berhubung secara langsung dengan visi. Ø Contohnya:
Anugerah Perkhidmatan cemerlang. |
Sumber |
Ø Sumber
merupakan elemen-elemen yang tersedia untuk membantu menyelesaikan sesuatu keperluan. Ø Sumber penting
untuk membuat perubahan sama ada berbentuk sumber fizikal atau sumber
manusia. Kekurangan sumber menyebabkan usaha tergendala. Ø Contohnya: Wang,
bahan atau modal manusia. |
Pelan Tindakan |
Ø Pelan tindakan
merupakan satu panduan yang menyediakan rangka kerja atau struktur dan proses
memasa melaksanakan kurikulum, program atau projek. Ø Pelan tindakan
penting untuk menetapkan siapa bertanggunjawab untuk pematuhan dengan tepat
pada masanya. Merangkumi pemantaun dan kawalan agar pelaksana boleh
menganalisis tindakan yang diambil mengikuti jalan yang betul untuk mencapai
visi yang ditetapkan. Ø Contoh: Pelan
tindakan KSSR dan KSSM. |
Permulaan Salah |
Ø Pemulaan salah
berkaitan dengan kesilapan memulakan sesuatu seperti kurikulum, program, projek,
dasar dan sebagainya sehingga mengakibatkan berlakunya kegagalan dalam
pelaksanaan dan capaian matlamat kerana pelaksana belum bersedia untuk
memulakannya. Ø Permulaan
salah dapat dikawal menerusi pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan dan stake
holder dapat memahami dan bersedia melaksanakan pelan tindakan sebagai
panduan pelaksanaan. Ø Contoh:
Pemansuhan PPSMI |
Kecewa |
Ø Kecewa
merupakan perasaan hampa dan dukacita yang dialami oleh individu atau sekumpulan
orang kerana kegagalan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu yang
diinginkan atau dicitakan. Ø Perasaan
kecewa muncul akibat semangat yang berkobar untuk melaksanakan sesuatu yang
dirancang terhalang disebabkan tiadanya sokongan sumber-sumber yang sepatutnya
disediakan. Ø Tiadanya
sumber menyebabkan kekecewaan dan semangat luntur. Walaupun adanya pelan
namun tidak mempunyai sumber untuk selesaikan maka perubahan dan inovasi
tidak berlaku. Ø Contoh: Pihak yang berwajib tidak menyediakan fasiliti yang mencukupi. |
Rintangan |
Ø Halangan Ø Tiadanya
insentif menyebabkan proses perubahan atau inovasi itu lambat kerana tiada
daya tahan atau motivasi. |
Anxiety (Kerisauan) |
Ø Tiadanya
kemahiran menyebabkan munculnya anxiety dalam diri, maka persedian untuk
melakukan perubahan akan tergendala walaupun telah dirancang visi, sumber dan
sebagainya namun ia akan membuatkan diri merasa gagal. |
Keliru |
Tiadanya visi menyebabkan
tiada panduan semasa proses perubahan atau inovasi berlaku. Ia akan berakhir
dengan kekeliruan dan tiada hasil perubahannya. |
Berjaya |
Apabila semua cabaran
dapat diatasi dan diikuti dengan faktor penentu, maka peratusan untuk berjaya
dalam melakukan perubahan atau inovasi adalah tinggi. |
Rumusan : Perubahan
dan inovasi berlaku dengan cemerlang jika semua faktor diberikan perhatian
dengan mengambil kira cabaran-cabaran yang boleh menghalang. |
9.8 Isu-Isu Berkaitan
Perkembangan pendidikan abad ke -21 telah memberi tamparan hebat buat para guru. Pak21 menuntut guru berperanan sebagai pengamal ilmu, pembimbing, penyelidik, agen sosialisasi, pembentuk tingkahlaku dan pengurus pembelajaran. Oleh yang demikian, guru haruslah bersiap sedia untuk melaksanakan perubahan bagi mendepani pelbagai cabaran di masa hadapan.
Antara cabaran yang dihadapi oleh guru adalah dalam menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan kaedah yang digunakan yang kini lebih cenderung dengan penggunaan teknologi dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan yang perlu dilaksanakan oleh guru adalah dengan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan selari dengan teknik pemusatan murid. Isu yang dapat dilihat disini apabila terdapat segelintir guru yang berusia tidak mampu untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyelit elemen teknologi sebagai bahan pembelajaran. Seharusnya, sebagai guru kita harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan agar segala yang mendatang dapat diatasi dengan jayanya. Jika guru kurang pengetahuan dan pengalaman dalam bidang teknologi maklumat, amat sukar untuk seseorang guru itu melakukan perubahan dan inovasi selari dengan perkembangan semasa.
Selain itu, inovasi dalam kurikulum bilik darjah melibatkan konsep berfikir secara kreatif dan kritis yang mana guru perlu mendalami konsep ini dan mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan murid yang dapat berfikir secara kreatif. Guru yang mampu membina sesuatu inovasi dalam pengajaran mampu menarik minat murid untuk belajar serta dapat memberi motivasi kepada mereka. Namun segelintir guru hanya memenuhi syarat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan tanpa mengambil kira perubahan dan inovasi yang perlu diberi penekanan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan.
Seterusnya, sekolah juga memainkan peranan penting untuk melahirkan warga yang berinovasi dan berfikir kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong kepada perubahan dan kemajuan kreatif yang dapat diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Antaranya, pihak sekolah boleh berganding bahu dengan pihak PIBG mewujudkan elemen inovasi dalam kawasan sekolah seperti bilik ICT yang kondusif serta lengkap dengan alatan teknologi yang mampu diguna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, inovasi dan kreatif sangat menyumbang dalam perkembangan dunia pendidikan. Bagi menghasilkan sistem pendidikan yang cemerlang, pihak kementerian serta para guru berganding bahu untuk meningkatkan tahap keberhasilan dengan memastikan setiap perubahan dan inovasi dapat dilaksanakan di sekolah khususnya di bilik darjah.
9.9 Rumusan
Kesimpulannya, inovasi dan perubahan perlu dilaksanakan dan harus selari dengan perkembangan dunia tanpa sempadan bagi memdepani cabaran yang perlu ditangani. Dapat dilihat, dunia pendidikan pada waktu ini menfokuskan kepada pembelajaran Abad ke-21 yang menitikberatkan penggunaan teknologi yang mampu menarik minat murid dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Natijahnya, para guru harus mempunyai fikiran yang kreatif dan inovatif dalam menempuhi cabarang ini.
9.1 Pengenalan
Dalam membicarakan tentang perubahan dan inovasi, dunia pendidikan juga tidak terkecuali. Ini kerana dunia pendidikan sentiasa berkembang da...
-
Sebagai contoh, persekitaran yang kondusif mampu merangsang guru dan murid menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan nyaman....
-
Proses perubahan dan inovasi melibatkan 4 fasa: Why What Who How Sebagai contoh,bagi bidang jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam keb...